Tourism Project menghendaki pelajar supaya berkolaborasi bersama pihak
industri pelancongan untuk membantu pihak tersebut menyelesaikan masalah yang
mereka hadapi. Hal ini, dapat membantu pihak industri meningkatkan produk atau
perkhidamatan pelancongan yang sedia ada. Selain itu, subjek ini juga melatih
pelajar supaya bertanggungjawab ke atas setiap kerja yang dijalankan. Ianya
kerana setiap proses bermula dari cadangan projek sehingga membina projek. Pelajar
akan melakukan sendiri atas bimbingan pensyarah dan pihak industri.
Dalam
subjek ini juga, pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi menghasilkan
suatu projek yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak industri
pelancongan di Malaysia. Selain itu, subjek ini mendidik pelajar supaya
mempunyai keyakinan bagi menghadapi pihak industri pelancongan. Kesimpulannya,
dengan adanya Tourism Project ini, ia
dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bersiap sedia sebelum menempuh ke
alam pekerjaan.
No comments:
Post a Comment