Montaj Glamping Park Bayu Lestari
Glamping Park
Tuesday, October 1, 2019
Pemasaran dalam Talian, Pengiklanan dan Promosi
Setelah konsep glamping ditetapkan, media
sosial diwujukan untuk mempromosikan Glamping Park Bayu Lestari. Media
sosial yang dipilih adalah Facebook,
Instagram dan website.Untuk
menyiapkan website, ia mengambil masa
2 hari manakala Facebook dan Instagram dibuat kurang daripada 1 hari. Kini Facebook dan Instagram di promosikan secara berterusan.
Instagram Glamping Park Bayu Lestari yang mempunyai 76
pengikut.
Facebook Glamping Park Bayu
Lestari
Website Glamping Park Bayu Lestari.
Website ini dibuat bersama dengan sukarela yang
bernama Mathew daripada Amerika yang pakar dalam bidang web design.Dengan bantuannya, website ini dapat disiapkan dalam
masa dua hari bersama logo glamping dan
warna yang sesuai.
Selain daripada promosi secara online,promosi menggunakan media cetak juga dilakukan dan diberikan kepada pelancong yang datang ke Bayu Lestari. Jenis media cetak yang digunakan adalah risalah dan brosur kerana mudah untuk diedarkan dan lengkap dengan informasi yang penting tentang Bayu Lestari Galamping Park.
Risalah yang diedarkan
kepada pelancong asing
Design
brosur yang diedarkan kepada pelancong yang datang ke Bayu Lestari.
Test Run
Pada 29 Ogos 2019, bot yang dinaiki tiba di Bayu
Lestari pada pukul 12.30 tengah hari, ketibaan itu disambut mesra oleh para
pekerja Bayu Lestari Island Resort. Setibanya di sana, pemilik Bayu Lestari
Island Resort iaitu Puan Rose memberitahu bahawa beliau tidak membenarkan
khemah yang dibawa itu didirikan atas faktor keselamatan dan cuaca yang tidak
mengizinkan.
Kawasan
glamping yang lama
Kawasan pembinaan glamping ditukar
kerana kawasan itu tidak sesuai setelah memikirkan pelbagai faktor terutamanya
dari segi struktur tanah dan kawasan peneduhan iaitu kedudukan pokok-pokok di
situ berbanding dengan kawasan pembinaan glamping yang baharu, kawasan yang
strategik dengan kedudukan pokok-pokok yang mampu menyejukkan dan menghalang
pancaran matahari dari kawasan glamping. Selain itu, pemandangan yang cantik
yang dapat melihat Laut China Selatan dengan lebih jelas.
Kawasan
keseluruhan Glamping Park yang baru
Pada pukul 2.30 petang, Puan Rose ke
sebuah resort di Pulau Besar untuk melihat dan membeli khemah daripada Encik
Kelana iaitu pemilik Besar Bagus Place. Beliau mempunyai khemah yang boleh
diubah suai daripada khemah biasa kepada glamping. Setelah berbincang bersama
Encik Kelana berkaitan dengan harga khemah. Encik Kelana bersetuju dengan
menjualkan sebuah khemah dahulu dengan harga RM 2000 yang dibayar secara tunai.
Khemah tersebut akan dijadikan sebagai sample glamping sebelum
glamping sebenar siap dibina.
Resit bayaran khemah
Pada petang itu juga, pengemasan dan pemindahan
khemah dari Besar Bagus Place ke Bayu Lestari Island Resort telah dilakukan
oleh pekerja-pekerja Bayu Lestari Island Resort. Pengemasan khemah mengambil
masa dalam 4 jam, seramai 15 orang pekerja yang terlibat untuk menurunkan
khemah tersebut.
Khemah yang dibeli sedang diturunkan oleh
pekerja Bayu Lestari
Puan Rose dan Encik Kelana melihat keadaan
khemah sebelum dikemaskan
Pada 30 Ogos 2019 bersamaan hari Jumaat, bermula
pada pukul 11.30 pagi pemasangan khemah dilakukan di kawasan yang dikhususkan
untuk sample Glamping Park Bayu Lestari. Puan Rose berbincang
bersama seorang kontraktor iaitu Encik Junnet berkaitan pembinaan platform bagi
Glamping Park Bayu Lestari.
Berbincangan bersama
kontraktor, Encik Junnet
Selain itu, seramai 8 orang pekerja
dari Bayu Lestari Island Resort terlibat dalam pemasangan khemah tersebut.
Pemasangan khemah ini dilakukan selama 5 jam.
Sukar untuk memasang khemah
ini kerana tiada buku panduan tetapi pada pukul 4.30 petang, khemah tersebut
selesai didirikan dengan bantuan daripada pekerja Bayu Lestari Island Resort.
Gambar
khemah yang dipasang dari sudut kiri
Pada petang itu, sebelum bermulanya aktiviti campfire, beberapa
pokok telah dipotong menjadi kayu- kayu kecil untuk dijadikan unggun api.
Mencari kayu-kayu
untuk membuat campfire
Setelah selesai mencari kayu, pekerja Bayu
Lestari Island Resort membuat gelanggang campfire untuk acara malam ini.
Campfire akan bermula pada pukul 9 malam di hadapan lobi.
Membuat gelanggang
campfire
Musical Chair
bersama pelancong
Pada malam itu, permainan musical chair dilakukan
dengan meletakkan 10 kerusi dalam bentuk bulatan. Peserta perlu berjalan
mengelilingi bulatan sambil mendengar lagu sehingga lagu tersebut berhenti.
Peserta perlulah duduk di atas kerusi yang disediakan, jika peserta tidak duduk
di atas kerusi ketika lagu tersebut berhenti peserta itu dikira kalah dalam
permainan. Permainan ini di lakukan pada malam kedua dan ketiga kami di Bayu
Lestari Island Resort. Pada malam kedua, permainan ini mendapat sambutan yang
mengalakkan oleh pelancong dari luar negara seramai 22 orang peserta yang
menyertai tapi pada malam ketiga kurang mendapat sambutan kerana pelancong yang
datang mempunyai aktiviti mereka sendiri.
Kerusi yang disusun mengelilingi unggun api
Permainan ini agak mencabar kerana peserta harus
bertahan sehingga akhir permainan. Bukan itu sahaja, permainan ini memerlukan
kepekaan untuk mereka peka apabila lagu berhenti dimainkan
Kumpulan kedua sedang meneka aksi yang dilakukan
oleh ahli kumpulan lain
Setelah bermain musical chair, kami meneruskan
dengan permainan seterusnya iaitu guess action. Untuk permainan guess
action, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Lima kali pusingan
dilakukan untuk menentukan permainan dan setiap pusingan diberikan kategori
seperti aksi movie, sukan, pekerjaan dan lain-lain. Permaian ini telah
dimenangi oleh kumpulan dua dengan perbezaan satu markah.
Pin ditajuhkan oleh
pemain
Seorang pelancong
sedang bermain glow in the dark bowling.
Pada malam 30 0gos 2019, permainan glow
in the dark bowling telah diadakan. Bahan-bahan permainan adalah botol, glow stick dan kelapa. Kami melakukan
aktiviti ini di tepi pantai bersebelahan dengan aktiviti campfire. Permainan ini mendapat sambutan dan ramai pelancong
bermain permainan ini tidak kira usia.
Peserta sedang berjalan menuju ke destinasi akhir
Pada malam 31 Ogos 2019, aktiviti beach
night walk discovery telah dijalankan. Diketuai oleh Encik Amin, beliau
merupakan seorang guider bagi aktiviti jungle trekking di Bayu Lestari Island
Resort. Aktiviti beach night walk
discovery bermula dari Bayu Lestari sehingga ke hujung laluan utama resort,
mengambil masa selama dua jam. Sepanjang perjalanan, yang dilalui mempunyai
lima resort dan dapat melihat kelawar yang tinggal di atas pokok. Sesampainya
di destinasi terakhir,peserta dapat melihat
bintang-bintang di angkasa dan kelip-kelip di dalam hutan. Keindahan tersebut
hanya dapat ditangkap oleh mata dan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan
Pertunjukkan api
pada pada hari ketiga
Petunjukkan api yang
dilakukan oleh pekerja Bayu Lestari
Pertunjukan api dilakukan pada malam ketiga kami di sana, persembahan
ini dilakukan oleh dua orang pekerja Bayu Lestari iaitu Encik Apis bersama
Encik Fadli. Majoriti penonton yang ada pada malam tersebut merupakan warga
tempatan yang menonton pertunjukan api tersebut.
Thursday, September 26, 2019
TENTANG KAMI
Kami terdiri daripada tiga orang daripada latar belakang yang berbeza. Kami bersetuju untuk menjayakan projek Glamping Park dengan dibantu oleh pensyarah projek kami iaitu Encik Abdul Karim dan Miss Ung Ean Na.
AHLI KUMPULAN:
Nama : Siti Nuratikah Binti Shawal Hamid
Umur : 20 Tahun
Negeri : Pulau Pinang
Nama : Nursyafiqah Binti Mustakim
Umur : 20 Tahun
Negeri : Selangor
Nama : Nor Hidayah Binti Nor Din
Umur : 20 Tahun
Negeri : Selangor
Sunday, September 22, 2019
PERNYATAAN MASALAH
- Bayu Lestari Island Resort tidak menunjukkan imej eko pelancongan dengan hanya menawarkan penginapan dan aktiviti yang terhad. Bayu Lestari Island Resort hanya menawarkan villa dan dorm untuk jumlah pelancong yang ramai seperti keluarga. Ia juga menawarkan aktiviti yang hanya menumpukan kepada aktiviti air berbanding aktiviti di hutan. Contohnya snorkeling, berkayak, berenang dan menyelam.
- Seterusnya, Pulau Besar kekurangan daya tarikan berkonsepkan eko pelancongan di sekitar kepulauan Mersing kerana tawaran yang disediakan oleh setiap resort adalah sama dan tiada kelainan yang mampu menarik perhatian pelancong. Pulau Besar hanya menawarkan penginapan yang bertemakan leisure berbanding dengan pulau-pulau lain yang menawarkan pelbagai tema yang menarik.
- Pelancong luar negara tidak mengetahui tentang destinasi menarik yang berkonsepkan semulajadi di Negeri Johor. Negeri Johor mempunyai pelbagai tarikan pelancongan tetapi konsep semulajadi yang terdapat di negeri Johor kurang diketengahkan.
OBJEKTIF
- Menjadikan imej Bayu Lestari Island Resort sebagai sebuah hup Eko Pelancongan dengan menawarkan penginapan serta aktiviti yang lebih mesra alam.
- Mengetengahkan tarikan eko pelancongan di Pulau Besar sehingga dikenali sebagai salah satu tarikan pelancongan di kepulauan Mersing.
- Pekerjasama dengan Bayu Lestari Island Resort untuk menghasilkan satu kertas kerja korporat Glamping Park Bayu Lestari.
PENDAHULUAN
Tourism Project menghendaki pelajar supaya berkolaborasi bersama pihak
industri pelancongan untuk membantu pihak tersebut menyelesaikan masalah yang
mereka hadapi. Hal ini, dapat membantu pihak industri meningkatkan produk atau
perkhidamatan pelancongan yang sedia ada. Selain itu, subjek ini juga melatih
pelajar supaya bertanggungjawab ke atas setiap kerja yang dijalankan. Ianya
kerana setiap proses bermula dari cadangan projek sehingga membina projek. Pelajar
akan melakukan sendiri atas bimbingan pensyarah dan pihak industri.
Dalam
subjek ini juga, pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi menghasilkan
suatu projek yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak industri
pelancongan di Malaysia. Selain itu, subjek ini mendidik pelajar supaya
mempunyai keyakinan bagi menghadapi pihak industri pelancongan. Kesimpulannya,
dengan adanya Tourism Project ini, ia
dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bersiap sedia sebelum menempuh ke
alam pekerjaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)