Tuesday, October 1, 2019

Montaj Glamping Park Bayu Lestari


Montaj Glamping Park Bayu Lestari



Pemasaran dalam Talian, Pengiklanan dan Promosi


Setelah konsep glamping ditetapkan, media sosial diwujukan untuk mempromosikan Glamping Park Bayu Lestari. Media sosial yang dipilih adalah Facebook, Instagram dan website.Untuk menyiapkan website, ia mengambil masa 2 hari manakala Facebook dan Instagram dibuat kurang daripada 1 hari. Kini Facebook dan Instagram di promosikan secara berterusan.


Instagram Glamping Park Bayu Lestari yang mempunyai 76 pengikut.


Facebook Glamping Park Bayu Lestari

Website Glamping Park Bayu Lestari.

Website ini dibuat bersama dengan sukarela yang bernama Mathew daripada Amerika yang pakar dalam bidang web design.Dengan bantuannya, website ini dapat disiapkan dalam masa dua hari bersama logo glamping dan warna yang sesuai.


Selain daripada promosi secara online,promosi menggunakan media cetak juga dilakukan dan diberikan kepada pelancong yang datang ke Bayu Lestari. Jenis media cetak yang digunakan adalah risalah dan brosur kerana mudah untuk diedarkan dan lengkap dengan informasi yang penting tentang Bayu Lestari Galamping Park.

Risalah yang diedarkan kepada pelancong asing

Design brosur yang diedarkan kepada pelancong yang datang ke Bayu Lestari.


Test Run


Pada 29 Ogos 2019, bot yang dinaiki tiba di Bayu Lestari pada pukul 12.30 tengah hari, ketibaan itu disambut mesra oleh para pekerja Bayu Lestari Island Resort. Setibanya di sana, pemilik Bayu Lestari Island Resort iaitu Puan Rose memberitahu bahawa beliau tidak membenarkan khemah yang dibawa itu didirikan atas faktor keselamatan dan cuaca yang tidak mengizinkan.



Kawasan glamping yang lama

  Kawasan pembinaan glamping ditukar kerana kawasan itu tidak sesuai setelah memikirkan pelbagai faktor terutamanya dari segi struktur tanah dan kawasan peneduhan iaitu kedudukan pokok-pokok di situ berbanding dengan kawasan pembinaan glamping yang baharu, kawasan yang strategik dengan kedudukan pokok-pokok yang mampu menyejukkan dan menghalang pancaran matahari dari kawasan glamping. Selain itu, pemandangan yang cantik yang dapat melihat Laut China Selatan dengan lebih jelas.

Kawasan keseluruhan Glamping Park yang baru

Pada pukul 2.30 petang, Puan Rose  ke sebuah resort di Pulau Besar untuk melihat dan membeli khemah daripada Encik Kelana iaitu pemilik Besar Bagus Place. Beliau mempunyai khemah yang boleh diubah suai daripada khemah biasa kepada glamping. Setelah berbincang bersama Encik Kelana berkaitan dengan harga khemah. Encik Kelana bersetuju dengan menjualkan sebuah khemah dahulu dengan harga RM 2000 yang dibayar secara tunai. Khemah tersebut akan dijadikan sebagai sample glamping sebelum glamping sebenar siap dibina.

Resit bayaran khemah

Pada petang itu juga, pengemasan dan pemindahan khemah dari Besar Bagus Place ke Bayu Lestari Island Resort telah dilakukan oleh pekerja-pekerja Bayu Lestari Island Resort. Pengemasan khemah mengambil masa dalam 4 jam, seramai 15 orang pekerja yang terlibat untuk menurunkan khemah tersebut.

Khemah yang dibeli sedang diturunkan oleh pekerja Bayu Lestari

Puan Rose dan Encik Kelana melihat keadaan khemah sebelum dikemaskan

Pada 30 Ogos 2019 bersamaan hari Jumaat, bermula pada pukul 11.30 pagi pemasangan khemah dilakukan di kawasan yang dikhususkan untuk sample Glamping Park Bayu Lestari. Puan Rose berbincang bersama seorang kontraktor iaitu Encik Junnet berkaitan pembinaan platform bagi Glamping Park Bayu Lestari.
Berbincangan bersama kontraktor, Encik Junnet

  Selain itu, seramai 8 orang pekerja dari Bayu Lestari Island Resort terlibat dalam pemasangan khemah tersebut. Pemasangan khemah ini dilakukan selama 5 jam.
   Sukar untuk memasang khemah ini kerana tiada buku panduan tetapi pada pukul 4.30 petang, khemah tersebut selesai didirikan dengan bantuan daripada pekerja Bayu Lestari Island Resort.
Gambar khemah yang dipasang dari sudut kiri

Pada petang itu, sebelum bermulanya aktiviti campfire, beberapa pokok telah dipotong menjadi kayu- kayu kecil untuk dijadikan unggun api.
Mencari kayu-kayu untuk membuat campfire

Setelah selesai mencari kayu, pekerja Bayu Lestari Island Resort membuat gelanggang campfire untuk acara malam ini. Campfire akan bermula pada pukul 9 malam di hadapan lobi.

Membuat gelanggang campfire


Musical Chair bersama pelancong

Pada malam itu, permainan musical chair dilakukan dengan meletakkan 10 kerusi dalam bentuk bulatan. Peserta perlu berjalan mengelilingi bulatan sambil mendengar lagu sehingga lagu tersebut berhenti. Peserta perlulah duduk di atas kerusi yang disediakan, jika peserta tidak duduk di atas kerusi ketika lagu tersebut berhenti peserta itu dikira kalah dalam permainan. Permainan ini di lakukan pada malam kedua dan ketiga kami di Bayu Lestari Island Resort. Pada malam kedua, permainan ini mendapat sambutan yang mengalakkan oleh pelancong dari luar negara seramai 22 orang peserta yang menyertai tapi pada malam ketiga kurang mendapat sambutan kerana pelancong yang datang mempunyai aktiviti mereka sendiri.

Kerusi yang disusun mengelilingi unggun api

Permainan ini agak mencabar kerana peserta harus bertahan sehingga akhir permainan. Bukan itu sahaja, permainan ini memerlukan kepekaan untuk mereka peka apabila lagu berhenti dimainkan

Kumpulan kedua sedang meneka aksi yang dilakukan oleh ahli kumpulan lain

Setelah bermain musical chair, kami meneruskan dengan permainan seterusnya iaitu guess action. Untuk permainan guess action, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Lima kali pusingan dilakukan untuk menentukan permainan dan setiap pusingan diberikan kategori seperti aksi movie, sukan, pekerjaan dan lain-lain. Permaian ini telah dimenangi oleh kumpulan dua dengan perbezaan satu markah.

Pin ditajuhkan oleh pemain

Seorang pelancong sedang bermain glow in the dark bowling.

Pada malam 30 0gos 2019, permainan glow in the dark bowling telah diadakan. Bahan-bahan permainan adalah botol, glow stick dan kelapa. Kami melakukan aktiviti ini di tepi pantai bersebelahan dengan aktiviti campfire. Permainan ini mendapat sambutan dan ramai pelancong bermain permainan ini tidak kira usia.

Peserta sedang berjalan menuju ke destinasi akhir

Pada malam 31 Ogos 2019, aktiviti beach night walk discovery telah dijalankan. Diketuai oleh Encik Amin, beliau merupakan seorang guider bagi aktiviti jungle trekking di Bayu Lestari Island Resort. Aktiviti beach night walk discovery bermula dari Bayu Lestari sehingga ke hujung laluan utama resort, mengambil masa selama dua jam. Sepanjang perjalanan, yang dilalui mempunyai lima resort dan dapat melihat kelawar yang tinggal di atas pokok. Sesampainya di destinasi terakhir,peserta  dapat melihat bintang-bintang di angkasa dan kelip-kelip di dalam hutan. Keindahan tersebut hanya dapat ditangkap oleh mata dan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan

Pertunjukkan api pada pada hari ketiga

Petunjukkan api yang dilakukan oleh pekerja Bayu Lestari


Pertunjukan api dilakukan pada malam ketiga kami di sana, persembahan ini dilakukan oleh dua orang pekerja Bayu Lestari iaitu Encik Apis bersama Encik Fadli. Majoriti penonton yang ada pada malam tersebut merupakan warga tempatan yang menonton pertunjukan api tersebut.

Thursday, September 26, 2019

TENTANG KAMI



Kami terdiri daripada tiga orang daripada latar belakang yang berbeza. Kami bersetuju untuk menjayakan projek Glamping Park dengan dibantu oleh pensyarah projek kami iaitu Encik Abdul Karim dan Miss Ung Ean Na.

AHLI KUMPULAN:

Nama      : Siti Nuratikah Binti Shawal Hamid
Umur      : 20 Tahun
Negeri    : Pulau Pinang

Nama     : Nursyafiqah Binti Mustakim
Umur     : 20 Tahun
Negeri   : Selangor

Nama    : Nor Hidayah Binti Nor Din
Umur    : 20 Tahun
Negeri  : Selangor 

Sunday, September 22, 2019

PERNYATAAN MASALAH


  1. Bayu Lestari Island Resort tidak menunjukkan imej eko pelancongan dengan hanya menawarkan penginapan dan aktiviti yang terhad. Bayu Lestari Island Resort hanya menawarkan villa dan dorm untuk jumlah pelancong yang ramai seperti keluarga. Ia juga menawarkan aktiviti yang hanya menumpukan kepada aktiviti air        berbanding aktiviti di hutan. Contohnya snorkeling, berkayak, berenang dan menyelam.
  2. Seterusnya, Pulau Besar kekurangan daya tarikan berkonsepkan eko pelancongan di sekitar kepulauan Mersing kerana tawaran yang disediakan oleh setiap resort adalah sama dan tiada kelainan yang mampu menarik perhatian pelancong. Pulau Besar hanya menawarkan penginapan yang bertemakan leisure berbanding dengan pulau-pulau lain yang menawarkan pelbagai tema yang menarik.
  3. Pelancong luar negara tidak mengetahui tentang destinasi menarik yang berkonsepkan semulajadi di Negeri Johor. Negeri Johor mempunyai pelbagai tarikan pelancongan tetapi konsep semulajadi yang terdapat di negeri Johor kurang diketengahkan. 


OBJEKTIF


  1. Menjadikan imej Bayu Lestari Island Resort sebagai sebuah hup Eko Pelancongan dengan menawarkan penginapan serta aktiviti yang lebih mesra alam.
  2. Mengetengahkan tarikan eko pelancongan di Pulau Besar sehingga dikenali           sebagai salah satu tarikan pelancongan di kepulauan Mersing.
  3. Pekerjasama dengan Bayu Lestari Island Resort untuk menghasilkan satu kertas    kerja korporat Glamping Park Bayu Lestari.


PENDAHULUAN



Tourism Project menghendaki pelajar supaya berkolaborasi bersama pihak industri pelancongan untuk membantu pihak tersebut menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Hal ini, dapat membantu pihak industri meningkatkan produk atau perkhidamatan pelancongan yang sedia ada. Selain itu, subjek ini juga melatih pelajar supaya bertanggungjawab ke atas setiap kerja yang dijalankan. Ianya kerana setiap proses bermula dari cadangan projek sehingga membina projek. Pelajar akan melakukan sendiri atas bimbingan pensyarah dan pihak industri.
            Dalam subjek ini juga, pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi menghasilkan suatu projek yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak industri pelancongan di Malaysia. Selain itu, subjek ini mendidik pelajar supaya mempunyai keyakinan bagi menghadapi pihak industri pelancongan. Kesimpulannya, dengan adanya Tourism Project ini, ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bersiap sedia sebelum menempuh ke alam pekerjaan.